Ahad, Disember 12, 2010

Amalan Nenek Moyang Zaman Berzaman

Menghilangkan Resdung.
Hiris tiga biji bawang merah dan masukkan ke dalam air yang mendidih yang telah direbus dengan dua helai daun sirih dan secubit biji sawi.  Kemudian wapkan muka anda.

Menghilangkan Lemak Badan.
Ambil sebuku asam jawa kemudian ramaskan dalam segelas air kosong. Biarkan sejuk di dalam peti sejuk dan amalkan meminumnya selepas makan tengahari dan makan malam. Amalkan setiap hari.

Menghilangkan Panau.
Ambil lengkuas atau bawang putih dan gosokkan pada kawasan panau sehingga kulit terasa perit dan kemerah-merahan. Amalkan selama seminggu atau sehingga panau tersebut hilang dari pandangan mata.

Menghilangkan Nafas Berbau.
Ambil beberapa helai daun sirih dan diracik halus-halus. Kemudian ramas dengan air suam dan sedikit garam. Amalkan berkumur dengan air tersebut setiap hari.

Menghilangkan Sakit Kepala.
Tumbuk enam helai daun sawi hingga lumat dan dicampurkan dengan sedikit garam. Kemudian gosokkan ia perlahan-lahan di bahagian dahi anda.

Meredakan Batuk.
Minum air suam yang telah dicampurkan dengan dua sudu teh madu lebah asli sebanyak tiga kali sehari. Amalkan sehingga batuk hilang.

Melawaskan Air Kecil.
Kisar dua potong nanas muda dengan dua gelas air kemudian tapis. Minum air tersebut dua kali sehari.

Mendapatkan Badan yang Sedikit Berisi.
Ambil segelas air dari nasi yang sedang ditanak (sebelum nasi tersebut masak) dan campurkan dengan gula. Minum setiap hari sehingga berat badan anda mencapai berat yang anda ingin tambah.

Berhenti Merokok.
Amalkan memakan lima biji buah pelaga dan 2 biji bunga cengkih setiap hari sehingga anda mampu untuk mengatakan "tidak" pada rokok.